Usman Awang mula membentuk namanya dalam dunia persatuan persuratan melayu moden dengan menulis sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh, serta akrab dengan akar budi melayu dan perikemanusiaan. Beberapa buah sajaknya menjadi salah satu yang amat menarik dalam dunia kesusasteraan. Bukan sahaja di kalangan masyarakat yang cinta akan puisinya, akan tetapi menjadi mainan bibir di kalangan anak-anak sekolah dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak. Antara sajak beliau yang popular adalah “Pak Utih”. “Ke Makan Bonda”, “Nasib Buruh”, “Gadis Di Kuburan” dan “Salam Benua”. Seterusnya, Usman Awang adalah salah seorang penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat dan harmoni pantun di dalam sajak-sajaknya. Dengan menggunakan kata-kata biasa dalam penulisannya, beliau pintar menjalin kata-kata itu hingga menjadi begitu indah dan berkesan tanpa melemahkan makna yang ingin disampaikan. Inilah di antara keistimewaan yang ada pada Usman Awang. Antara karya-karya terkenal beliau adalah novel (Tulang-Tulang Berselarakan), cerpen(Untuk Melaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Tamu di Bukit Kenny, Matinya Seorang Pahlawan, Serunai Malam) dan sajak (Pak Utih, Ke Makam Bonda, Salam Benua, Gadis di Kuburan, Kekasih dan Bunga Popi).
Ketokohan Usman Awang dalam Melayu
moden, khususnya sajak dan drama amat banyak diperkatakan. Maka itu nama Usman
Awang paling terkenal kepada semua pengkaji dan peminat sastera Melayu di
pelbagai peringkat dan golongan masyarakat di dalam mahupun luar negara..
Kejayaannya mempertahankan dirinya sebgai seorang penyair dan budayawan yang
terus kreatif memberikan rasa keteguhan terhadap tradisi baru sastera Melayu.
Beliau adalah seorang penyair yang tidak pernah luntur dapat menyesuaikan diri
dalam pelbagai zaman dan situasi.
No comments:
Post a Comment