Tuesday, November 19, 2019

PEMIKIRAN USMAN AWANG










Melalui puisi yang dihasilkan oleh Usman Awang atau Tongkat Warrant terdapat beberapa pemikiran yang telah diangkat oleh beliau iaitu pemikiran tentang “Sikap Negatif Penjajah British”. Puisi ini dikarang sekitar 1950-an iaitu sebelum kemerdekaan Tanah Melayu yang merupakan pandangan beliau terhadap kekejaman British. Kehadiran karya ini telah mengungkapkan luahan hati beliau terhadap sikap golongan penjajah pada waktu itu dan meliau lantas menerbitkan karya seiring dengan kemunculan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) yang memperjuangkan nasib masyarakat daam karya yang dihasilkan. Kehadiran penjajah telah banyak membawa masalah dan pelbagai penderitaan, kecurangan, darurat, penindasan dan ketidakadilan tehadap masyarakat Melayu di tanah mereka sendiri. Hal ini telah menyebabkan terhasilnya puisi “ Anjing itu” yang telah memaparkan pelbagai perilaku negatif atau kekejaman oleh British terhadap masyarakat melayu tentang perhambaan yang dilakukan ke atas mereka demi mengaut keuntungan semata-mata seperti polis yang terpaksa mencurahkan taat setianya kepada penjajah demi meneruskan kelangsungan hidup. Contohnya,
  Begitu rupa nasib, anjing itu
Kurus kering, dalam semuanya tak cukupkan
Hanya menanti rahim tuannya
Cebis-cebis roti kering
Dan tulang-tulang tak berdaging
Itulah jadi makanan, dan hidup jadi
Alat kesenagan manusia jahat memperhambakanya.
                                                               
                                                                        (Anjing itu, Usman Awang rangkap 5 )

            “Anjing itu” Usman Awang ingin menggambarkan kesetiaan polis-polis melayu yang teramat terhadap sesuatu sehingga menjadi persoalan samada setia kepada Negara atau semata-mata untuk penjajah. Hal ini kerana pemilik ladang-ladang boleh bersuka ria dan hanya mengaut keuntungan daripada  hasil perladangan mereka tersebut manakala polis-polis tempatan pula bertungkus- lumus untuk memastikan agar ladang-ladang dalam keadaan selamat. Penderitaan ini dialami oleh polis tempatan bukan sahaja tidak tidur malah tidak makan. Penggunaan “Anjing itu” dalam puisi ini semata-mata untuk menggambarkan kesetiaan polis-polis tempatan yang sanggup bergadai nyawa semata-mata untuk menjaga harta benda penjajah.

            Selain itu, Sasterawan Usman Awang juga meluahkan beberapa pemikiran di dalam karyanya selepas kemerdekaan iaitu pemikiran tentang martabat atau kedudukan Bahasa Melayu melalui puisinya iaitu “Keranda 152”. Puisi ini menceritakan perarakan bantahan para pejuang Bahasa Melayu terutama penulis dari Dewan Bahasa dan Pustaka yang mencapai kemuncaknya pada 3 Mac 1967 di Balai Budaya. Perarakan ini merupakan simbolik kepada kematian bahasa Melayu apabila kerajaan Malaysia tidak menepati janjinya untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa dalam bidang kehakiman. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah merupakan satu kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama rakyat berbilang bangsa termasuk Cina, India dan lain-lain ketika Malaysia baru merdeka pada 1957. Parti pemerintah beranggapan  bahawa bahasa Melayu belum bersedia untuk mengambil alih bahasa Inggeris yang digunakan pentadbiran penjajah dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran Negara. Apabila Dewan Rakyat membahaskan perkara 152 ingin mengekalkan Bahasa Inggeris dalam beberapa bidang terutamanya bidang kehakiman kerana Bahasa Melayu hanya dilihat memadai untuk pelajaran bahasa Melayu dan bidang sastera sahaja dan tidak layak untuk bidang sains. Contohnya,
Keranda 152, 1967
Anak Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak Keranda 152
Ke tanah perkuburannya parlimen

                                                                                     (Keranda 152, Usman Awang rangkap 1)

            Puisi ini dihasilkan untuk memberi gambaran tentang kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tercabar oleh bahasa Inggeris. Tindakan kerajaan yang ingin mengangkat kedudukan bahasa Inggeris setara dengan kedudukan bahasa Melayu menimbulkan pelbagai reaksi negatif  dalam kalangan rakyat tempatan. Fasal 152 diibaratkan sebagai “ Keranda 152” kerana perkara yang termaktub dalam fasal tersebut tidak dipertahankan. Peristiwa penuh emosi ini berakhir dengan kehampaan apabila suara orang Melayu telah diketepikan begitu sahaja dan dikecewakan oleh pemimpin Melayu sendiri. Susah sekali untuk kerajaan melihat bahawa bahasa adalah salah satu alat penyatuan dan keharmonian Negara dan juga susah sekali untuk semua menyedari bahawa Bahasa Jiwa Bangsa. Pelbagai rusuhan telah berlaku semata-mata tercabarnya Bahasa Melayu tetapi ianya tidak dihiraukan oleh pihak kerajaan dan menghampakan setiap harapan rakyat tempatan.

            Justeru itu, tokoh Sasterawan Usman Awang juga mengutarakan pemikirannya mengenai kehidupan masyarakat Melayu semasa zaman sebelum kemerdekaan melalui puisinya “Pak Utih”. Puisi ini menggambarkan kehidupan masyarakat yang digambarkan oleh Usman Awang ini belatar belakangkan masyarakat Melayu yang miskin dan hidup dalam serba kesusahan di bawah tampuk kepimpinan yang dianggap sebagai pemimpin yang lupa daratan. Sehubungan dengan itu, bagi menyatakan pemikiran beliau watak Pak Utih yang digambarkan oleh Usman Awang merupakan perlambangan terhadap kehidupan masyarakat melayu pada zaman itu. Pak Utih didalam puisi ini sebenarnya ingin menyatakan tentang harapan kepada pemimpin yang di sokong supaya dapat membantu membangunkan kampung mereka. Namun semua itu hanyalah janji yang tinggal janji sahaja apabila pemimpin yang memiliki kekuasaan yang diimpikan oleh mereka namun mereka mula melupakan tanggujawab terhadap golongan rakyat. Pak Utih mengharapkan supaya kehidupan mereka sekeluarga bebas daripada belenggu kemiskinan dan serangan malaria yang membahayakan nyawa mereka. Contohnya,
Di kota pemimpin berteriak-teriak
Pilihan raya dan kemerdekaan rakyat
Seribu kemakmuran dalam Negara berdaulat
Jambatan emas kemakmuran sampai ke akhirat

                                                                                           (Pak Utih, Usman Awang rangkap 5)

            Puisi ini dihasilkan bagi menceritakan tentang sikap pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri serta kedudukannya sahaja tanpa memikirkan nasib mereka yang telah membantunya mencapai tahap yang diinginkan. Rangkap ini banyak menceritakan tentang kemewahan, kekayaan, dan kesenangan yang diimpikan oleh individu atau rakyat kerana sukar untuk memilikinya. Namun rangkap ini  merujuk kepada janji-janji yang diberikan oleh pihak pemerintah semasa berlakunya pilihan raya. Janji-janji tersebut digambarkan seperti “Jambatan Emas”  kerana janji yang diperkatakan oleh pihak pemimpim-pemimpin semasa pilihan raya tinggi menggunung sehingga setiap perkara yang dikatakan itu indah belaka. Rakyat yang berharap kepada pemimpin yang di sokong itu mampu membantu membawa sinar kedalam kehidupan mereka di masa akan datang namun apalah daya itu semua hanyalah kata-kata yang kosong sahaja.

No comments:

Post a Comment