Monday, November 25, 2019
Tuesday, November 19, 2019
Bibliografi
Zurina
Hassan (2006), Sasterawan Negara Usman
Awang Edisi Ke-2. Hulu Kelang, Slangor: Dewan Bahasa dan Pustaka
Koperasi
Dewan Bahasa dan Pustaka (M) Berhad (2015), Pemikiran
Sasterawan Negara Usman Awang http://www.koopdbp.com.my/store/Siri+Kajian+Pemikiran+Sasterawan+Negara%3A+Pemikiran+Sasterawan+Negara+Usman+Awang/q?m=prod&prod_id=135&in=20, dirujuk pada 30 Oktober 2019
Faisal Tehrani (2019 June 20), Sang intelek menurut Usman Awang https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2019/06/20/sang-intelektual-menurut-usman-awang/, dirujuk pada 14 Oktober 2019
Pohon Bintang (2013 May 26), Kata-kata dan Puisi Usman Awang https://pohonbintang.wordpress.com/2013/05/26/kurang-ajar/, dirujuk pada 5 November 2019
RUMUSAN
Puisi-puisi
karya Tongkat Warrant atau lebih dikenali sebagai Usman Awang menghasilkan
puisi-puisi yang bukannya makna sahaja yang dibincangkan daripada sudut
leksikal sahaja. Namun puisi ini memperlihatkan keperibadian penulis tersebut
dan zaman yang mempengaruhi penulisannya pada zaman tersebut. Secara asasnya, dapat dirumuskan bahawa
sesuatu perkataan memperoleh makna
melalui keperihalan keadaan dan konteks situasi yang wujud semasa perkataan itu
digunakan. Selain itu, keupayaan penggunaan kata dalam bait-bait puisi itulah
sangatlah luas dan tidak khusus. Oleh itu, sesuatu makna yang berlainan dalam
Bahasa lain atau dalam konteks-konteks lain. Secara keseluruhannya, makna dalam
puisi-puisi Usman Awang melampaui pemikiran dasar pembaca jika dilihat daripada
sudut situasi serta latar zaman puisi tersebut dihasilkan kerana karyanya
banyak menggunakan unsur-unsur simbolik. Setiap perkataan-perkataan yang
diterapkan dalam karyanya tidak semestinya menggambarkan satu makna sahaja,
iaitu mendukung makna yanag mampu menjelaskan seribu makna yang tersirat di
sebalik satu-satu perkataan tersebut. Pengaplikasian patah perkataan yang mampu
mendukung kepelbagaian makan dalam puisi-puisi. Usman Awang menjadikan puisi
beliau bukan sahaja indah pada mata sahaja namun dalam masa yang sama
mengandungi pelbagai mesej dan amanat yang ingin disampaikan. Diharapkan
agar karya Usman Awang ini mampu
menyumbang bukan sahaja kepada dunia kesusasteraan dan juga jiwa anak muda pada
generasi akan dating.
SUMBANGAN USMAN AWANG
Usman Awang mula membentuk namanya dalam dunia persatuan persuratan melayu moden dengan menulis sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh, serta akrab dengan akar budi melayu dan perikemanusiaan. Beberapa buah sajaknya menjadi salah satu yang amat menarik dalam dunia kesusasteraan. Bukan sahaja di kalangan masyarakat yang cinta akan puisinya, akan tetapi menjadi mainan bibir di kalangan anak-anak sekolah dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak. Antara sajak beliau yang popular adalah “Pak Utih”. “Ke Makan Bonda”, “Nasib Buruh”, “Gadis Di Kuburan” dan “Salam Benua”. Seterusnya, Usman Awang adalah salah seorang penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat dan harmoni pantun di dalam sajak-sajaknya. Dengan menggunakan kata-kata biasa dalam penulisannya, beliau pintar menjalin kata-kata itu hingga menjadi begitu indah dan berkesan tanpa melemahkan makna yang ingin disampaikan. Inilah di antara keistimewaan yang ada pada Usman Awang. Antara karya-karya terkenal beliau adalah novel (Tulang-Tulang Berselarakan), cerpen(Untuk Melaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Tamu di Bukit Kenny, Matinya Seorang Pahlawan, Serunai Malam) dan sajak (Pak Utih, Ke Makam Bonda, Salam Benua, Gadis di Kuburan, Kekasih dan Bunga Popi).
Ketokohan Usman Awang dalam Melayu
moden, khususnya sajak dan drama amat banyak diperkatakan. Maka itu nama Usman
Awang paling terkenal kepada semua pengkaji dan peminat sastera Melayu di
pelbagai peringkat dan golongan masyarakat di dalam mahupun luar negara..
Kejayaannya mempertahankan dirinya sebgai seorang penyair dan budayawan yang
terus kreatif memberikan rasa keteguhan terhadap tradisi baru sastera Melayu.
Beliau adalah seorang penyair yang tidak pernah luntur dapat menyesuaikan diri
dalam pelbagai zaman dan situasi.
PEMIKIRAN USMAN AWANG
Melalui puisi yang dihasilkan oleh Usman Awang atau Tongkat Warrant terdapat beberapa pemikiran yang telah diangkat oleh beliau iaitu pemikiran tentang “Sikap Negatif Penjajah British”. Puisi ini dikarang sekitar 1950-an iaitu sebelum kemerdekaan Tanah Melayu yang merupakan pandangan beliau terhadap kekejaman British. Kehadiran karya ini telah mengungkapkan luahan hati beliau terhadap sikap golongan penjajah pada waktu itu dan meliau lantas menerbitkan karya seiring dengan kemunculan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) yang memperjuangkan nasib masyarakat daam karya yang dihasilkan. Kehadiran penjajah telah banyak membawa masalah dan pelbagai penderitaan, kecurangan, darurat, penindasan dan ketidakadilan tehadap masyarakat Melayu di tanah mereka sendiri. Hal ini telah menyebabkan terhasilnya puisi “ Anjing itu” yang telah memaparkan pelbagai perilaku negatif atau kekejaman oleh British terhadap masyarakat melayu tentang perhambaan yang dilakukan ke atas mereka demi mengaut keuntungan semata-mata seperti polis yang terpaksa mencurahkan taat setianya kepada penjajah demi meneruskan kelangsungan hidup. Contohnya,
Begitu rupa nasib, anjing itu
Kurus
kering, dalam semuanya tak cukupkan
Hanya
menanti rahim tuannya
Cebis-cebis
roti kering
Dan
tulang-tulang tak berdaging
Itulah
jadi makanan, dan hidup jadi
Alat
kesenagan manusia jahat memperhambakanya.
(Anjing itu, Usman Awang rangkap 5 )
“Anjing itu” Usman Awang ingin
menggambarkan kesetiaan polis-polis melayu yang teramat terhadap sesuatu
sehingga menjadi persoalan samada setia kepada Negara atau semata-mata untuk
penjajah. Hal ini kerana pemilik ladang-ladang boleh bersuka ria dan hanya
mengaut keuntungan daripada hasil
perladangan mereka tersebut manakala polis-polis tempatan pula bertungkus-
lumus untuk memastikan agar ladang-ladang dalam keadaan selamat. Penderitaan
ini dialami oleh polis tempatan bukan sahaja tidak tidur malah tidak makan.
Penggunaan “Anjing itu” dalam puisi ini semata-mata untuk menggambarkan
kesetiaan polis-polis tempatan yang sanggup bergadai nyawa semata-mata untuk
menjaga harta benda penjajah.
Selain itu, Sasterawan Usman Awang
juga meluahkan beberapa pemikiran di dalam karyanya selepas kemerdekaan iaitu
pemikiran tentang martabat atau kedudukan Bahasa Melayu melalui puisinya iaitu
“Keranda 152”. Puisi ini menceritakan perarakan bantahan para pejuang Bahasa
Melayu terutama penulis dari Dewan Bahasa dan Pustaka yang mencapai kemuncaknya
pada 3 Mac 1967 di Balai Budaya. Perarakan ini merupakan simbolik kepada
kematian bahasa Melayu apabila kerajaan Malaysia tidak menepati janjinya untuk
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa dalam bidang
kehakiman. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah merupakan satu kontrak
sosial yang telah dipersetujui bersama rakyat berbilang bangsa termasuk Cina,
India dan lain-lain ketika Malaysia baru merdeka pada 1957. Parti pemerintah
beranggapan bahawa bahasa Melayu belum
bersedia untuk mengambil alih bahasa Inggeris yang digunakan pentadbiran
penjajah dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran Negara. Apabila Dewan Rakyat
membahaskan perkara 152 ingin mengekalkan Bahasa Inggeris dalam beberapa bidang
terutamanya bidang kehakiman kerana Bahasa Melayu hanya dilihat memadai untuk pelajaran
bahasa Melayu dan bidang sastera sahaja dan tidak layak untuk bidang sains.
Contohnya,
Keranda
152, 1967
Anak
Melayu
Panas
dadamu membakar baju
Kita
arak Keranda 152
Ke
tanah perkuburannya parlimen
(Keranda 152, Usman Awang rangkap 1)
Puisi ini dihasilkan untuk memberi
gambaran tentang kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tercabar
oleh bahasa Inggeris. Tindakan kerajaan yang ingin mengangkat kedudukan bahasa
Inggeris setara dengan kedudukan bahasa Melayu menimbulkan pelbagai reaksi
negatif dalam kalangan rakyat tempatan.
Fasal 152 diibaratkan sebagai “ Keranda 152” kerana perkara yang termaktub
dalam fasal tersebut tidak dipertahankan. Peristiwa penuh emosi ini berakhir
dengan kehampaan apabila suara orang Melayu telah diketepikan begitu sahaja dan
dikecewakan oleh pemimpin Melayu sendiri. Susah sekali untuk kerajaan melihat
bahawa bahasa adalah salah satu alat penyatuan dan keharmonian Negara dan juga
susah sekali untuk semua menyedari bahawa Bahasa Jiwa Bangsa. Pelbagai rusuhan
telah berlaku semata-mata tercabarnya Bahasa Melayu tetapi ianya tidak
dihiraukan oleh pihak kerajaan dan menghampakan setiap harapan rakyat tempatan.
Justeru itu, tokoh Sasterawan Usman
Awang juga mengutarakan pemikirannya mengenai kehidupan masyarakat Melayu
semasa zaman sebelum kemerdekaan melalui puisinya “Pak Utih”. Puisi ini
menggambarkan kehidupan masyarakat yang digambarkan oleh Usman Awang ini
belatar belakangkan masyarakat Melayu yang miskin dan hidup dalam serba
kesusahan di bawah tampuk kepimpinan yang dianggap sebagai pemimpin yang lupa
daratan. Sehubungan dengan itu, bagi menyatakan pemikiran beliau watak Pak Utih
yang digambarkan oleh Usman Awang merupakan perlambangan terhadap kehidupan
masyarakat melayu pada zaman itu. Pak Utih didalam puisi ini sebenarnya ingin
menyatakan tentang harapan kepada pemimpin yang di sokong supaya dapat membantu
membangunkan kampung mereka. Namun semua itu hanyalah janji yang tinggal janji
sahaja apabila pemimpin yang memiliki kekuasaan yang diimpikan oleh mereka
namun mereka mula melupakan tanggujawab terhadap golongan rakyat. Pak Utih
mengharapkan supaya kehidupan mereka sekeluarga bebas daripada belenggu
kemiskinan dan serangan malaria yang membahayakan nyawa mereka. Contohnya,
Di
kota pemimpin berteriak-teriak
Pilihan
raya dan kemerdekaan rakyat
Seribu
kemakmuran dalam Negara berdaulat
Jambatan
emas kemakmuran sampai ke akhirat
(Pak Utih, Usman Awang rangkap 5)
Puisi ini dihasilkan bagi
menceritakan tentang sikap pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri serta
kedudukannya sahaja tanpa memikirkan nasib mereka yang telah membantunya
mencapai tahap yang diinginkan. Rangkap ini banyak menceritakan tentang
kemewahan, kekayaan, dan kesenangan yang diimpikan oleh individu atau rakyat
kerana sukar untuk memilikinya. Namun rangkap ini merujuk kepada janji-janji yang diberikan
oleh pihak pemerintah semasa berlakunya pilihan raya. Janji-janji tersebut
digambarkan seperti “Jambatan Emas”
kerana janji yang diperkatakan oleh pihak pemimpim-pemimpin semasa
pilihan raya tinggi menggunung sehingga setiap perkara yang dikatakan itu indah
belaka. Rakyat yang berharap kepada pemimpin yang di sokong itu mampu membantu
membawa sinar kedalam kehidupan mereka di masa akan datang namun apalah daya
itu semua hanyalah kata-kata yang kosong sahaja.
Sunday, November 17, 2019
LATAR BELAKANG USMAN AWANG
Usman Awang atau lebih dikenali sebagai Tongkat Warrant telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara pada 7 Disember 1983. Nama sebenar beliau adalah Wan Osman Wan Awang tetapi beliau telah menukar namanya kepada Usman Awang. Ibu beliau bernama Halimah, tetapi telah meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Ayahnya seorang nelayan yang hanya mencari dan menjual rotan. Beliau adalah lahir daripada keluarga yang miskin, di sebabkan kemiskinan keluarga beliau menyebabkan beliau hanya mampu belajar sehingga darjah enam sahaja. Beliau hanya bersekolah di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940) hingga lulus darjah enam.
Ketika Jepun menjajah Tanah Melayu bermula dari tahun 1942, Usman Awang ialah seorang anak
tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun
selama 6 bulan di Singapura. Beliau berjaya melepaskan diri
dan pulang ke Segamat. Usman Awang pernah menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat
Taliair Segamat. Kemudian, beliau memasuki Botai iaitu pasukan
polis Jepun, tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun
menyerah kalah.
Usman Awang
menjadi anggota polis apabila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun
1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya
di Melaka. Pada tahun 1951, beliau berhenti dan berhijrah ke
Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama enam bulan sebelum menjadi pemberita.
Sesudah itu, beliau bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang.
Pada tahun
1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika selepas itu. Pada tahun Malaya
mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Usman Awang turut serta berhijrah dengan
memegang jawatan yang sama. Dalam tahun 1961, beliau terlibat dalam peristiwa
pemogokan Utusan Melayu. Akibatnya beliau berhenti dan menganggur seketika.
Pada tahun
1962, Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian
beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jawatan pertamanya adalah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau menjadi pengarang untuk
majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Jawatan yang disandang beliau ketika itu ialah
Pegawai Penyelidik Kanan. Usman kemudian ditukarkan ke Bahagian Pembinaan dan
Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982 beliau menjadi ketua bahagian ini sehingga
persaraannya pada bulan Julai 1985.
Selepas
bersara daripada Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Usman Awang bergiat cergas dalam beberapa pertubuhan masyarakat. Antaranya
ialah Persatuan Persahabatan Malaysia-Cina. Sementara itu dalam tahun 1991,
beliau dilantik sebagai Ahli Jemaah Kolej Selatan. Perlantikan ini disifatkan
oleh beliau sebagai pemangkin ke arah meningkatkan hubungan antara kaum dalam
proses pembentukan satu bangsa Malaysia. Jawatan ini dipegang hingga tahun
2001. Selain itu beliau dilantik sebagai Penasihat Sastera Maybank mulai 1991 hingga 2001.
PENGENALAN USMAN AWANG
Nama : Wan Osman bin Wan Awang
Nama Pena : Tongkat Warrant
Tarikh Lahir : 12 Julai 1929
Tempat Lahir : Kampung Tanjung
Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor
Pekerjaan : Penulis
Kematian : 29 November 2001,
Kuala Lumpur, Malaysia
PENGENALAN TOKOH-TOKOH SASTERAWAN NEGARA
Subscribe to:
Posts (Atom)