Tuesday, November 19, 2019

Bibliografi


Zurina Hassan (2006), Sasterawan Negara Usman Awang Edisi Ke-2. Hulu Kelang, Slangor: Dewan Bahasa dan Pustaka
Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka (M) Berhad (2015), Pemikiran Sasterawan Negara Usman Awang http://www.koopdbp.com.my/store/Siri+Kajian+Pemikiran+Sasterawan+Negara%3A+Pemikiran+Sasterawan+Negara+Usman+Awang/q?m=prod&prod_id=135&in=20, dirujuk pada 30 Oktober 2019
Faisal Tehrani (2019 June 20), Sang intelek menurut Usman Awang https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2019/06/20/sang-intelektual-menurut-usman-awang/, dirujuk pada 14 Oktober 2019
Pohon Bintang (2013 May 26), Kata-kata dan Puisi Usman Awang https://pohonbintang.wordpress.com/2013/05/26/kurang-ajar/, dirujuk pada 5 November 2019


RUMUSAN


Puisi-puisi karya Tongkat Warrant atau lebih dikenali sebagai Usman Awang menghasilkan puisi-puisi yang bukannya makna sahaja yang dibincangkan daripada sudut leksikal sahaja. Namun puisi ini memperlihatkan keperibadian penulis tersebut dan zaman yang mempengaruhi penulisannya pada zaman tersebut.  Secara asasnya, dapat dirumuskan bahawa sesuatu  perkataan memperoleh makna melalui keperihalan keadaan dan konteks situasi yang wujud semasa perkataan itu digunakan. Selain itu, keupayaan penggunaan kata dalam bait-bait puisi itulah sangatlah luas dan tidak khusus. Oleh itu, sesuatu makna yang berlainan dalam Bahasa lain atau dalam konteks-konteks lain. Secara keseluruhannya, makna dalam puisi-puisi Usman Awang melampaui pemikiran dasar pembaca jika dilihat daripada sudut situasi serta latar zaman puisi tersebut dihasilkan kerana karyanya banyak menggunakan unsur-unsur simbolik. Setiap perkataan-perkataan yang diterapkan dalam karyanya tidak semestinya menggambarkan satu makna sahaja, iaitu mendukung makna yanag mampu menjelaskan seribu makna yang tersirat di sebalik satu-satu perkataan tersebut. Pengaplikasian patah perkataan yang mampu mendukung kepelbagaian makan dalam puisi-puisi. Usman Awang menjadikan puisi beliau bukan sahaja indah pada mata sahaja namun dalam masa yang sama mengandungi pelbagai mesej dan amanat yang ingin disampaikan. Diharapkan agar  karya Usman Awang ini mampu menyumbang bukan sahaja kepada dunia kesusasteraan dan juga jiwa anak muda pada generasi akan dating.

SUMBANGAN USMAN AWANG








Usman Awang mula membentuk namanya dalam dunia persatuan persuratan melayu moden dengan menulis sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh, serta akrab dengan akar budi melayu dan perikemanusiaan. Beberapa buah sajaknya menjadi salah satu yang amat menarik dalam dunia kesusasteraan. Bukan sahaja di kalangan masyarakat yang cinta akan puisinya, akan tetapi menjadi mainan bibir di kalangan anak-anak sekolah dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak. Antara sajak beliau yang popular adalah “Pak Utih”. “Ke Makan Bonda”, “Nasib Buruh”, “Gadis Di Kuburan” dan “Salam Benua”. Seterusnya, Usman Awang adalah salah seorang penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat dan harmoni pantun di dalam sajak-sajaknya. Dengan menggunakan kata-kata biasa dalam penulisannya, beliau pintar menjalin kata-kata itu hingga menjadi begitu indah dan berkesan tanpa melemahkan makna yang ingin disampaikan. Inilah di antara keistimewaan yang ada pada Usman Awang. Antara karya-karya terkenal beliau adalah novel (Tulang-Tulang Berselarakan), cerpen(Untuk Melaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Tamu di Bukit Kenny, Matinya Seorang Pahlawan, Serunai Malam) dan sajak (Pak Utih, Ke Makam Bonda, Salam Benua, Gadis di Kuburan, Kekasih dan Bunga Popi).
            Ketokohan Usman Awang dalam Melayu moden, khususnya sajak dan drama amat banyak diperkatakan. Maka itu nama Usman Awang paling terkenal kepada semua pengkaji dan peminat sastera Melayu di pelbagai peringkat dan golongan masyarakat di dalam mahupun luar negara.. Kejayaannya mempertahankan dirinya sebgai seorang penyair dan budayawan yang terus kreatif memberikan rasa keteguhan terhadap tradisi baru sastera Melayu. Beliau adalah seorang penyair yang tidak pernah luntur dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai zaman dan situasi.

PEMIKIRAN USMAN AWANG










Melalui puisi yang dihasilkan oleh Usman Awang atau Tongkat Warrant terdapat beberapa pemikiran yang telah diangkat oleh beliau iaitu pemikiran tentang “Sikap Negatif Penjajah British”. Puisi ini dikarang sekitar 1950-an iaitu sebelum kemerdekaan Tanah Melayu yang merupakan pandangan beliau terhadap kekejaman British. Kehadiran karya ini telah mengungkapkan luahan hati beliau terhadap sikap golongan penjajah pada waktu itu dan meliau lantas menerbitkan karya seiring dengan kemunculan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) yang memperjuangkan nasib masyarakat daam karya yang dihasilkan. Kehadiran penjajah telah banyak membawa masalah dan pelbagai penderitaan, kecurangan, darurat, penindasan dan ketidakadilan tehadap masyarakat Melayu di tanah mereka sendiri. Hal ini telah menyebabkan terhasilnya puisi “ Anjing itu” yang telah memaparkan pelbagai perilaku negatif atau kekejaman oleh British terhadap masyarakat melayu tentang perhambaan yang dilakukan ke atas mereka demi mengaut keuntungan semata-mata seperti polis yang terpaksa mencurahkan taat setianya kepada penjajah demi meneruskan kelangsungan hidup. Contohnya,
  Begitu rupa nasib, anjing itu
Kurus kering, dalam semuanya tak cukupkan
Hanya menanti rahim tuannya
Cebis-cebis roti kering
Dan tulang-tulang tak berdaging
Itulah jadi makanan, dan hidup jadi
Alat kesenagan manusia jahat memperhambakanya.
                                                               
                                                                        (Anjing itu, Usman Awang rangkap 5 )

            “Anjing itu” Usman Awang ingin menggambarkan kesetiaan polis-polis melayu yang teramat terhadap sesuatu sehingga menjadi persoalan samada setia kepada Negara atau semata-mata untuk penjajah. Hal ini kerana pemilik ladang-ladang boleh bersuka ria dan hanya mengaut keuntungan daripada  hasil perladangan mereka tersebut manakala polis-polis tempatan pula bertungkus- lumus untuk memastikan agar ladang-ladang dalam keadaan selamat. Penderitaan ini dialami oleh polis tempatan bukan sahaja tidak tidur malah tidak makan. Penggunaan “Anjing itu” dalam puisi ini semata-mata untuk menggambarkan kesetiaan polis-polis tempatan yang sanggup bergadai nyawa semata-mata untuk menjaga harta benda penjajah.

            Selain itu, Sasterawan Usman Awang juga meluahkan beberapa pemikiran di dalam karyanya selepas kemerdekaan iaitu pemikiran tentang martabat atau kedudukan Bahasa Melayu melalui puisinya iaitu “Keranda 152”. Puisi ini menceritakan perarakan bantahan para pejuang Bahasa Melayu terutama penulis dari Dewan Bahasa dan Pustaka yang mencapai kemuncaknya pada 3 Mac 1967 di Balai Budaya. Perarakan ini merupakan simbolik kepada kematian bahasa Melayu apabila kerajaan Malaysia tidak menepati janjinya untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa dalam bidang kehakiman. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah merupakan satu kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama rakyat berbilang bangsa termasuk Cina, India dan lain-lain ketika Malaysia baru merdeka pada 1957. Parti pemerintah beranggapan  bahawa bahasa Melayu belum bersedia untuk mengambil alih bahasa Inggeris yang digunakan pentadbiran penjajah dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran Negara. Apabila Dewan Rakyat membahaskan perkara 152 ingin mengekalkan Bahasa Inggeris dalam beberapa bidang terutamanya bidang kehakiman kerana Bahasa Melayu hanya dilihat memadai untuk pelajaran bahasa Melayu dan bidang sastera sahaja dan tidak layak untuk bidang sains. Contohnya,
Keranda 152, 1967
Anak Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak Keranda 152
Ke tanah perkuburannya parlimen

                                                                                     (Keranda 152, Usman Awang rangkap 1)

            Puisi ini dihasilkan untuk memberi gambaran tentang kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tercabar oleh bahasa Inggeris. Tindakan kerajaan yang ingin mengangkat kedudukan bahasa Inggeris setara dengan kedudukan bahasa Melayu menimbulkan pelbagai reaksi negatif  dalam kalangan rakyat tempatan. Fasal 152 diibaratkan sebagai “ Keranda 152” kerana perkara yang termaktub dalam fasal tersebut tidak dipertahankan. Peristiwa penuh emosi ini berakhir dengan kehampaan apabila suara orang Melayu telah diketepikan begitu sahaja dan dikecewakan oleh pemimpin Melayu sendiri. Susah sekali untuk kerajaan melihat bahawa bahasa adalah salah satu alat penyatuan dan keharmonian Negara dan juga susah sekali untuk semua menyedari bahawa Bahasa Jiwa Bangsa. Pelbagai rusuhan telah berlaku semata-mata tercabarnya Bahasa Melayu tetapi ianya tidak dihiraukan oleh pihak kerajaan dan menghampakan setiap harapan rakyat tempatan.

            Justeru itu, tokoh Sasterawan Usman Awang juga mengutarakan pemikirannya mengenai kehidupan masyarakat Melayu semasa zaman sebelum kemerdekaan melalui puisinya “Pak Utih”. Puisi ini menggambarkan kehidupan masyarakat yang digambarkan oleh Usman Awang ini belatar belakangkan masyarakat Melayu yang miskin dan hidup dalam serba kesusahan di bawah tampuk kepimpinan yang dianggap sebagai pemimpin yang lupa daratan. Sehubungan dengan itu, bagi menyatakan pemikiran beliau watak Pak Utih yang digambarkan oleh Usman Awang merupakan perlambangan terhadap kehidupan masyarakat melayu pada zaman itu. Pak Utih didalam puisi ini sebenarnya ingin menyatakan tentang harapan kepada pemimpin yang di sokong supaya dapat membantu membangunkan kampung mereka. Namun semua itu hanyalah janji yang tinggal janji sahaja apabila pemimpin yang memiliki kekuasaan yang diimpikan oleh mereka namun mereka mula melupakan tanggujawab terhadap golongan rakyat. Pak Utih mengharapkan supaya kehidupan mereka sekeluarga bebas daripada belenggu kemiskinan dan serangan malaria yang membahayakan nyawa mereka. Contohnya,
Di kota pemimpin berteriak-teriak
Pilihan raya dan kemerdekaan rakyat
Seribu kemakmuran dalam Negara berdaulat
Jambatan emas kemakmuran sampai ke akhirat

                                                                                           (Pak Utih, Usman Awang rangkap 5)

            Puisi ini dihasilkan bagi menceritakan tentang sikap pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri serta kedudukannya sahaja tanpa memikirkan nasib mereka yang telah membantunya mencapai tahap yang diinginkan. Rangkap ini banyak menceritakan tentang kemewahan, kekayaan, dan kesenangan yang diimpikan oleh individu atau rakyat kerana sukar untuk memilikinya. Namun rangkap ini  merujuk kepada janji-janji yang diberikan oleh pihak pemerintah semasa berlakunya pilihan raya. Janji-janji tersebut digambarkan seperti “Jambatan Emas”  kerana janji yang diperkatakan oleh pihak pemimpim-pemimpin semasa pilihan raya tinggi menggunung sehingga setiap perkara yang dikatakan itu indah belaka. Rakyat yang berharap kepada pemimpin yang di sokong itu mampu membantu membawa sinar kedalam kehidupan mereka di masa akan datang namun apalah daya itu semua hanyalah kata-kata yang kosong sahaja.

Sunday, November 17, 2019

LATAR BELAKANG USMAN AWANG




     Usman Awang atau lebih dikenali sebagai Tongkat Warrant telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara pada 7 Disember 1983. Nama sebenar beliau adalah Wan Osman Wan Awang tetapi beliau telah menukar namanya kepada Usman Awang. Ibu beliau bernama Halimah, tetapi telah meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Ayahnya seorang nelayan yang hanya mencari dan menjual rotan. Beliau adalah lahir daripada keluarga yang miskin, di sebabkan kemiskinan keluarga beliau menyebabkan beliau hanya mampu belajar sehingga darjah enam sahaja. Beliau hanya bersekolah di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940) hingga lulus darjah enam.
Ketika Jepun menjajah Tanah Melayu bermula dari tahun 1942, Usman Awang ialah seorang anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama 6 bulan di Singapura. Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Usman Awang pernah menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat Taliair Segamat. Kemudian, beliau memasuki Botai iaitu pasukan polis Jepun, tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah.
Usman Awang menjadi anggota polis apabila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka. Pada tahun 1951, beliau berhenti dan berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama enam bulan sebelum menjadi pemberita. Sesudah itu, beliau bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang.
Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika selepas itu. Pada tahun Malaya mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Usman Awang turut serta berhijrah dengan memegang jawatan yang sama. Dalam tahun 1961, beliau terlibat dalam peristiwa pemogokan Utusan Melayu. Akibatnya beliau berhenti dan menganggur seketika.
Pada tahun 1962, Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan pertamanya adalah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau menjadi pengarang untuk majalah Dewan MasyarakatDewan Sastera dan Dewan Budaya. Jawatan yang disandang beliau ketika itu ialah Pegawai Penyelidik Kanan. Usman kemudian ditukarkan ke Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982 beliau menjadi ketua bahagian ini sehingga persaraannya pada bulan Julai 1985.
Selepas bersara daripada Dewan Bahasa Dan Pustaka, Usman Awang bergiat cergas dalam beberapa pertubuhan masyarakat. Antaranya ialah Persatuan Persahabatan Malaysia-Cina. Sementara itu dalam tahun 1991, beliau dilantik sebagai Ahli Jemaah Kolej Selatan. Perlantikan ini disifatkan oleh beliau sebagai pemangkin ke arah meningkatkan hubungan antara kaum dalam proses pembentukan satu bangsa Malaysia. Jawatan ini dipegang hingga tahun 2001. Selain itu beliau dilantik sebagai Penasihat Sastera Maybank mulai 1991 hingga 2001.

PENGENALAN USMAN AWANG




Nama : Wan Osman bin Wan Awang
Nama Pena : Tongkat Warrant
Tarikh Lahir : 12 Julai 1929
Tempat Lahir : Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor
Pekerjaan : Penulis
Kematian : 29 November 2001, Kuala Lumpur, Malaysia